Tuesday, June 1, 2010

Komponen PENGURUSAN

Dalam pengurusan ke arah sekolah lestari, beberapa aktiviti telah dijalankan, antaranya :

Mengadakan mesyuarat awal dan seterusnya mesyuarat susulan berkenaan dengan program sekolah lestari. Sgenda mesyuarat termasuklah membincangakan pelan strategik, visi dan misi sekolah lestari. Antara pelan strategik yang telah dipersetujui ialah :

  1. Pembentukan jawatankuasa sekolah lestari
  2. Pembentukan sistem pentadbiran, perancangan dan pemantauan
  3. Mengenalpasti langkah-langkah untuk melestarikan penggunaan sumber di sekolah
  4. Penghijauan dan pendidikan alam sekitar

Manakala visi dan misinya pula adalah :

VISI SEKOLAH LESTARI
Hasrat menjadikan sekolah sebagai sekolah lestari, seimbang, penghijauan dan holistik terhadap cintakan alam sekitar menjelang 2010.

MISI SEKOLAH LESTARI
Membudayakan pendidikan alam sekitar melalui proses pendidikan tentang alam sekitar melalui tenaga pengajar yang berketrampilan, inovasi, prasarana sekolah yang kondusif, ceria berinformasi melalui gerak kerja bersepadu warga dan komuniti setempat.


Antara lain-lain pengurusan berkenaan dengan sekolah lestari adalah ;

  • Jaringan Luar
  • Panel Penasihat Luar
  • Hebahan Sekolah Lestari
  • Blog Khas Sekolah Lestari SMKTP
  • Penyertaan dalam Pertandingan 3K
  • Program Sekolah - Hari Hijau

0 comments:

Post a Comment