HASRAT SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR
SEKOLAH LESTARI adalah suatu usaha bagi melaksanakan DasarAlam Sekitar Negara. Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau. Strategi Hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan cadangan dalam Agenda 21.
Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah.
Dalam usaha pembentukan sekolah mesra alam yang layak bergelar SEKOLAH LESTARI, tumpuan perlu diberi kepada empat komponen berikut:
Pengurusan
Kurikulum
Kokurikulum
Penghijauan
KONSEP SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR
SEKOLAH LESTARI berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (Rajah 1). Konsep ini juga memtikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan di sekolah. SEKOLAH LESTARI adalah payung kepada aktiviti-aktiviti alam sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan (Rajah 2). SEKOLAH LESTARI merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhl warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan yang lestari.

0 comments:
Post a Comment